20 Ek0r Kucing Ditemuk4n M4ti Bergelimpang4n Di Pant4i Bukit Keluang, Besut

BESUT, 6 Mac (Bernama) – Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini hari ini.

Video penemuan bangkai kucing itu, yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan perkara tersebut.

Ketika dihubungi Bernama, Badrul Hafeezy berkata beliau amat terkejut apabila ternampak bangkai haiwan itu ketika beriadah di lokasi tersebut.

“Saya dan seorang rakan iaitu Roshanapi Osman, 39, ada di situ pada 9.30 pagi. Semua kucing ini memang kenal dan manja dengan saya sebab saya suka memberi makan apabila ada masa terluang.

“Memang rasa sedih, terkilan dan geram dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup buat begitu… apa salah kucing-kucing jalanan itu.

Saya muat naik video itu di Facebook dan ada yang beri cadangan untuk saya maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 3.30 petang dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam insiden itu akan menerima hukuman setimpal.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Anun Man pula berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: BERNAMA via siakap keli

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "20 Ek0r Kucing Ditemuk4n M4ti Bergelimpang4n Di Pant4i Bukit Keluang, Besut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*