(Video) CCTV Berjaya Rakam Aksi Nekad ‘Makcik’ Cvri Tabung Masjid, Gigih Bawa Lari Gun4 Mot0r

Satu rakaman CCTV tular di Indonesia setelah seorang wanita tua dilihat sedang berusaha mencuri tabung masjid.

Memetik laporan Suara.com, tindakan wanita itu mengejutkan warganet kerana saiz tabung yang dicuri olehnya itu agak besar.

Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung yang besar itu

Tidak lama kemudian, dia dilihat bertungkus-lumus membawa tabung yang berat tersebut sambil berlari dan meletakkannya di atas sebuah motosikal.

Dia kemudian dilihat cuba untuk meletakkan tabung tersebut di tempat duduk hadapan motosikalnya tetapi tidak boleh kerana tabung itu terlalu besar.

Setelah memastikan tabung tersebut selamat ‘ditunggangnya’, dia segera menaiki motosikalnya dan beredar dari situ. Walaupun menghadapi kesukaran, dia tetap menunggang motosikalnya untuk keluar dari perkarangan masjid.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia dilihat terhuyung-hayang dan terjatuh dari motosikalnya manakala tabung yang dicuri olehnya tercampak kerana terlalu berat.

“Oh terbalik, motor dia terbalik,” kata orang yang merakam CCTV itu.

Tetapi dia tidak berputus asa, tabung yang jatuh itu dinaikkan semula ke atas motosikalnya dan berjaya beredar dari situ.

Kedudukannya ketika menunggang motosikal tersebut kelihatan pelik kerana terhalang oleh tabung yang diletakkan di depannya.

Netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video tersebut, ada di antara mereka yang mengesyaki bahawa pencuri itu sebenarnya seorang lelaki yang menyamar menjadi makcik tua.

Sumber : Siakap keli via https://bulletin50times.com/

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "(Video) CCTV Berjaya Rakam Aksi Nekad ‘Makcik’ Cvri Tabung Masjid, Gigih Bawa Lari Gun4 Mot0r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*