Dugaan Ibu Tun.ggal Jaga Dua Anak 0KU, Seorang Lagi Terlant4r

Gua Musang: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu perumpamaan sesuai buat seorang ibu tvnggal yang terpaksa menjaga dua anak lelaki berstatus orang kurang upaya (0KU) dan seorang anak perempuan s@kit t3rlantar.

Faezah Hamid, 41, tinggal di Kampung Kala, dekat sini, mengakui dia tetap tabah menghadapi situasi itu dan membahagi masa dengan tugasan mencari rezeki.

Menurutnya, walaupun bekerja sebagai pembantu di kedai makan berhampiran rumahnya, ia tidak menjadi halangan untuk berulang-alik ke rumah memberi makan kepada tiga anaknya itu.

Katanya, anak perempuan sulungnya, Nor Farihan Salwani Ibrahim, 22, p3ngidap p3ny@kit (SLE) atau r@dang sendi dan tidak boleh berjalan.

“Dua anak lelaki iaitu Mohd Haikal Ikwan, 18, adalah 0KU saraf manakala Mohd Syafiq Nasaruddin, 15, 0KU minda (lembam) dan bersekolah di sekolah kelas pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara.

“Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik iaitu Nor Fatin Sarmila, 16, sihat serta normal dan dia yang belajar di SMK Tengku Bendahara membantu membersih pakaian dan mengemas rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Sebelum itu, keluarga terbabit menerima kunjungan rombongan Kelab Jalinan Ikatan Kasih (JIK) Gua Musang yang diketuai pengerusinya, Shamsina Ahmad Kamal.

Menurut Faezah, Nor Farihan Salwani m3nghidap p3ny@kit r@dang sendi sejak tiga bulan lalu selepas k3matian bapanya, Ibrahim Senik akibat jangkitan kuman pada p@rv-p@rv.

Katanya, sebelum dikesan m3nghidap p3ny@kit r@dang sendi terdapat bengkak luar biasa di seluruh tubuh dan selepas itu tidak boleh berjalan terus terlantar.

“Saya terpaksa menjaga mereka semua disamping bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari.

“Pendapatan sekitar RM600 sebulan itu digunakan untuk membayar sewa rumah RM100 sebelum dibelanjakan untuk menyediakan makanan anak dan saya reda menghadapi semua ujian ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Bank Islam milik Nor Farihan Salwani bernombor 03063020461654 atau hubungi Faezah di 017 8133296.

sumber: hmetro via https://mysumbermaya.com/

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Dugaan Ibu Tun.ggal Jaga Dua Anak 0KU, Seorang Lagi Terlant4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*