Peniag4 sayvr m4,ut terpelanting dirempvh kereta dalam perjalanvn ke pasar borong

Melaka: Penjual sayur maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta di Jalan Telok-Alai, berhadapan Sekolah Rendah Telok Mas, di sini, awal pagi hari ini.

Mangsa, Muhammad Farihin Mohd Lazan, 30, yang juga bapa kepada dua anak berusia empat tahun dan sembilan bulan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan dada.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku jam 3.45 pagi ketika mangsa menuju ke tempat kerja di Pasar Borong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Batu Berendam.

Menurutnya, pemandu Proton Wira, Mohd Musawwir Mohd Saleh, 33, dari Kampung Tedong Tengah, Merlimau, cedera di kaki dan mata.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta dari arah Bandar Melaka menghala ke Telok Mas manakala penunggang motosikal dari arah Bukit Tembakau ke Pasar Borong MBMB.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudiannya melanggar tembok longkang sebelum bertembung dengan motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dari arah Bukit Tembakau menyebabkan dia terpelanting,” katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata, kesan perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta terbabas ke dalam pagar Balai Raya Telok Mas dan terbalik.

“Polis turut mengambil sampel darah pemandu di Hospital Melaka (HM) dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Melaka untuk tindakan lanjut.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HM bagi ujian calitan Covid-19 dan disahkan positif.

“HM mengarahkan proses bedah siasat hanya boleh dijalankan di Hospital Kluang, Johor,” katanya.

Hasan Basri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kluang pada jam 8 pagi esok dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R Nitheish Kumarr di talian 01121633214 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

Sumber : hm via ondeondepetang

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Peniag4 sayvr m4,ut terpelanting dirempvh kereta dalam perjalanvn ke pasar borong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*