“Arw4h Tiada Selera Makan Sejak Bbrp Hari Lalu” – Al-Fatihah, Amran Tompel Telah Pergi Selamanya Pada Hari Terakhir Kuarant!N.

Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian bintang seni tanah air iaitu Amran Aman Ramli atau Amran Tompel pada kira-kira pukul 4.43 petang, Sabtu di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada hari terakhir kuarantin akibat positif CVd-19.

Abang Allahyarham Amran, AR Badul berkata, adiknya sepatutnya menamatkan kuarantin selepas disahkan positif CVd-19, hari ini.

“Betul, Amran sudah meninggal dunia. Saya baru balik dari Perak. Setibanya di Kuala Lumpur, baru saya sempat baca mesej yang dihantar di WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Saya terus bertolak ke Seremban. Kematian Amran berpunca sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini, Amran positif CVd-19.

“Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir kuarantin,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata jenazah Allahyarham Amran sudah dihantar ke hospital untuk urusan pemeriksaan dan pengebumian.

Hafiz berkata, Allahyarham Amran atau nama sebenar, Amran Aman Ramlie yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, meninggal dunia pada usia 72 tahun di sisi anak-anak.

“Beliau meninggal dunia akibat sakit kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama. Beliau meninggalkan empat anak hasil perkahwinan dengan isterinya,” katanya.

Hafiz berkata, SENIMAN menyifatkan pemergian Amran sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.

“Allahyarham berbakat besar. Beliau pelawak dan pelakon yang tiada tandingan. Seluruh kepimpinan dan barisan ahli jawatankuasa SENIMAN mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Sebelum ini, Amran dilaporkan terlantar akibat diserang angin ahmar. Allahyarham Amran juga kurang selera makan hingga berat badan menyusut.

Allahyarham Amran pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Selamat dikebumikan

Jenazah pelakon dan pelawak, Amran Tompel, 72, atau nama penuhnya Amran Aman Ramlie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang di sini kira-kira pukul 9.45 malam sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham yang meninggal dunia kira-kira pukul 4.43 petang tadi sebelum itu telah dibawa ke Masjid Bandar Baru Senawang di sini untuk urusan solat jenazah.

Bekas isteri Allahyarham, Anas Salmee Syed Mohammad, 53 berkata, Amran meninggal dunia di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang selepas beberapa tahun terlantar akibat diserang beberapa penyakit seperti angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi.

“Sejak beberapa hari lalu arwah tiada selera makan. Saya ada nampak dia lain hari ini dan tidak banyak bercakap. Ketika kejadian, saya sedang memasak, anak saya Suhaili sedang berada di ruang tamu. Suhaili kemudian beritahu arwah sudah tiada,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Turut kelihatan hadir pada majlis pengkebumian tersebut ialah adik beradik Allahyarham, pelakon terkenal AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Allahyarham merupakan anak kepada pelakon, pelawak dan pengarah, Allahyarham AR Tompel bersama pelakon, P. Suriati.

Amran yang lahir di Singapura aktif mewarnai industri lakonan tanah air sekitar dan pernah membintangi beberapa buah drama dan filem antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Allahyarham turut meninggalkan empat anak iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan berusia 22 hingga 29 tahun.

Kredit-Kosmo dan BH VIA https://padumedia.com/

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "“Arw4h Tiada Selera Makan Sejak Bbrp Hari Lalu” – Al-Fatihah, Amran Tompel Telah Pergi Selamanya Pada Hari Terakhir Kuarant!N."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*