Ajaib! Pokok Kering Kembali Segar, Ini Rahsia Disebaliknya…

Terdapat banyak manfaat menjaga tumbuhan hidup sebagai pokok hiasan di dalam rumah. Selain dapat memberikan udara yang segar, tanaman hiasan juga dapat meningkatkan mood penghuni di rumah.

Tumbuh-tumbuhan hijau juga menambah warna dan mencantikkan suasana, di samping dapat membantu kita fokus dan menghilangkan stress.

Namun, dengan kesibukkan hidup, masyarakat kini lebih cenderung untuk menggunakan pokok plastik di dalam rumah.

Ini kerana ramai yang tidak mempunyai masa untuk menjaga tanaman dan tidak memahami keperluan tumbuhan hidup.

Secara asasnya semua tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air, dan baja. Namun tidak semua tumbuhan memerlukannya dalam kuantiti yang sama.

Kebanyakkan tumbuhan akan m4ti jika terdedah di bawah matahari terlalu lama tanpa disiram.

Namun dalam satu posting yang tular, sejenis tumbuhan yang telah kering diletakkan di atas piring sebelum disiram dengan air.

Apa yang jadi kemudiannya adalah daun-daun pokok itu menjadi mekar dan bertukar dari warna kekuningan kepada hijau segar hanya dalam beberapa jam.

Pokok yang dikenali sebagai Rose of Jericho itu adalah sejenis pokok gurun yang dapat bertahan lama walaupun dalam cuaca yang paling teruk.

Berasal dari padang pasir Mexico dan AS, tanaman unik tersebut akan ‘tidur’ dengan mengecut ke dalam bentuk bola dalam cuaca kering. Ia akan ‘bangun’ semula apabila mendapat air.

Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan kebolehan luar biasa pokok itu dan mengaku ia adalah satu-satunya pokok yang tidak akan m4ti jika dijaga di rumah.

Sumber: Twitter

Be the first to comment on "Ajaib! Pokok Kering Kembali Segar, Ini Rahsia Disebaliknya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*