TERKINI: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangk4p 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan

Usaha kini sedang giat dilakukan bagi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di dalam perigi di wilayah Zabul, selatan Afghanistan.

Pasukan penyelamat yang dibantu dengan mesin jentolak beserta orang awam berkumpul di kawasan tersebut selepas kanak-kanak itu didapati terjatuh sejak Selasa lalu.

Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, menerusi laman Twitter rasmi beliau menghantar Haidar bergerak ke bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

”Persis seperti Rayyan dari Maghribi, seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam perigi yang dalam dan tersangkut di batu di wilayah Zabul Afghanistan.

Dia setakat ini masih hidup dan batu itu cuba untuk dibelah bagi mengeluarkan mangsa. Mohon doakan,” tulis beliau.

Menurut beliau, bantuan oksigen, ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian.

“Satu pasukan telah tiba di sana dengan ambulans, bantuan oksigen dan beberapa keperluan lain.

“Kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan kadangkala meminta bantuan makanan dan minuman,” tulis Abdullah.

Kata Abdullah, lebih banyak usaha perlu dilakukan termasuk melakukan apa sahaja cara yang boleh menyelamatkan mangsa.

Tambahannya, pelbagai pihak dari jabatan-jabatan tertinggi telah dihubungi dalam usaha mengeluarkan Haidar secepat mungkin.

Menerusi rakaman video menggunakan tali yang dimasukkan ke dalam perigi oleh pasukan penyelamat, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 24 meter (82 khaki) dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Abdullah Azzam, Daily Mail UK via siakap keli

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "TERKINI: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangk4p 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*