Wanita tul4r masuk Islam semakin sembuh C0VlD-19

SANDAKAN: Wanita yang videonya tul4r memeluk Islam sejak semalam, kini semakin sembuh daripada C0VlD-19.

Anak kedua wanita itu, Fringco John Wayne @ Firdaus Abdullah, 45, berkata video berkenaan dirakam pada 9 September lalu.

Ibunya, Laimi Tinggi @ Nur Laila Abdullah, 65, dimasukkan ke wad C0VlD-19 di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, pada 4 September selepas cedera akibat terjatuh.

“Selepas ke hospital, ibu turut disahkan dijangkiti C0VlD-19. Sejak itu, kesihatan ibu semakin merosot. Pada pagi 9 September doktor kemudian menghubugi saya dan memaklumkan ibu berada di tahap lima C0VlD-19.

“Saya kemudian meminta petugas wad membantu agar saya dapat membuat panggilan video bersama adik-beradik yang lain,” katanya ketika ditemui hari ini.

Firdaus Abdullah. – Foto NSTP/Hazsyah Abdul Rahman
Firdaus Abdullah. – Foto NSTP/Hazsyah Abdul Rahman
Firdaus berkata, ketika dalam panggilan video itu, ibunya sempat meluahkan hasrat untuk memeluk Islam jika keluar wad kelak.

“Melihat keadaan ibu yang merisaukan ditambah lagi dengan sakit buah pinggang tahap empat, saya meminta pertolongan petugas hospital membantu ibu melafazkan khalimah syahadah pada hari berkenaan.

“Alhamdulillah dengan bantuan tiga jururawat, ibu akhirnya memeluk Islam dan kami adik-beradik sangat gembira sehingga menitiskan air mata.

Kami juga meminta keadaan itu dirakamkan,” katanya sambil menambah empat daripada lima adik beradiknya sudah lama memeluk Islam.

“Jadi bermula selepas itu hari demi hari kesihatan ibu semakin baik. Dia kembali ada tenaga dan beberapa hari lalu bekalan oksigen pun sudah dibuka,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus menafikan ibunya dipaksa memeluk Islam di wad berkenaan seperti tular sebelum ini.

“Kami yang meminta jururawat melakukan perkara berkenaan. Jadi saya harap tiada pihak melemparkan tohmahan kepada jururawat dan pihak hospital,” katanya.

Sumber; bharian via Sinar Nasional

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Wanita tul4r masuk Islam semakin sembuh C0VlD-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*