Beka$ ketua k0ngsi gɛlap akhirnya diberi hidayah ketika berada di penjar4 bermimpi didatangi lelaki berjubah putih yang memanggilnya dengan nama Muhammad Nur

Tiada siapa menyangka bɛkas ketua køngsi gɛlap akhirnya diberi hidayah kembali kepada fitrah. Pernah menjadi bandu4n akhir di pɛnjara.

Mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2014, akhirnya Muhammad Nur Chua Abdullah, 40 tahun dibebaskan dari pɛnjara pada Oktober 2018.

Katanya, hidupnya berubah apabila mula mengenali Islam secara lebih mendalam termasuk mengamalkannya.

Menceritakan detik perubahannya, Muhammad Nur berkata, segalanya bermula ketika berada di pɛnjara dia bermimpi didatangi lelaki berjubah putih yang memanggilnya dengan nama Muhammad Nur.

“Dalam mimpi itu saya bercakap dalam bahasa Arab dengan lelaki yang bertongkat dan memegang al-Quran yang memanggil saya dengan nama Muhammad Nur. Saya katakan kepadanya kamu tersilap kerana saya adalah Cina dan bukan Islam.

“Mimpi yang sama berulang setiap malam hampir dua bulan sehingga saya bermimpi lelaki itu menyebut dalam bahasa Arab yang bermaksud bertaubat sebelum terlambat, yakin pada Allah SWT, kita akan jadi seperti bayi baru lahir dan bersih,” katanya.

Dia ditemui selepas menjadi penerima pertama Program Pembangunan Saudara Baharu Daerah Sik anjuran Yayasan Al-Khalifah dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kampung Dusun Pengapit, Jeneri, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Perkim Kedah, Turedy Abdullah dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah, Ibrahim Lai.

Muhammad Nur berkata, selepas sering mendapat mimpi yang sama, dia bertanyakan kepada pegawai pɛnjara mengenai petanda mimpi itu dan diberitahu ia hidayah Allah SWT.

Katanya, dia tidak terus memeluk Islam sebaliknya memberitahu pegawai itu hanya akan memeluk Islam selepas Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya.

“Saya beritahu kepada pegawai itu sekiranya Allah SWT kuat dan berkuasa, Allah SWT akan bebaskan saya dari pɛnjara sebelum ke tali g4ntung. Dengan izin Allah SWT tidak lama kemudian saya mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah.

“Akhirnya saya menyedari bahawa Allah SWT memilih saya untuk kembali ke jalan yang benar, selepas keluar dari pɛnjara saya terus memeluk Islam di Perkim di Pulau Pinang pada Disember 2018,” katanya yang berada di dalam tirai bɛsi selama 18 tahun.

Selepas memeluk Islam, dia mendalami ilmu agama di sebuah pondok di Pasir Tumbuh, Kota Bharu Kelantan selama dua tahun sebelum ke pondok Madrasah Nurul Ihsan di Kodiang, Kubang Pasu selama setahun.

“Di Madrasah Nurul Ihsan, guru saya yang dikenali sebagai Ustaz Azizan memberi kepercayaan kepada saya menjadi Bilal di Surau, saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan yang baik selepas keluar dari pɛnjara.

“Dulu saya pernah ditɛmbak dan cɛdera p4rah ditɛtak di kepala, Alhamdulillah Allah SWT masih pinjamkan nyawa untuk saya sehingga saya kembali kepada fitrah asal.

“Kini saya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak tiri, tanggungjawab ini saya akan pikul sebaiknya, terima kasih kepada Perkim dan Yayasan Al-Khalifah kerana banyak membantu saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Al-Khalifah, Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, menerusi Program Pembangunan Saudara Baharu Daerah Sik, Muhammad Nur bersama keluarganya akan tinggal di rumah disediakan oleh yayasan dan akan diberi kemahiran untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

“Terdapat seorang hamba Allah SWT yang sudi mewakafkan kira-kira dua hektar tanahnya di kampung ini untuk dijadikan pusat pembangunan saudara Islam baharu, selain rumah kita bercadang dirikan sebuah premis memproses keropok ikan agar mereka dapat bekerja di sini.

“Kita jangka seramai lima peserta akan mendapat manfaat daripada program pembangunan berkenaan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

MIMPI LELAKI BERJUBAH PUTIH.

Tidak terlintas di fikirannya untuk memeluk Islam, namun petunjuk yang diberikan melalui mimpi menyebabkan hatinya tergerak untuk lebih mengenali Islam.

Abdul Halim Voon Abdullah, 41 tahun berkata dalam mimpi itu, dia didatangi lelaki yang berjubah putih dan berkopiah.

“Mimpi ini muncul ketika saya sedang bert4rung nyawa selepas bekalan oksigen terputus hampir tiga saat ketika menjalani pembɛdahan di Hospital Tawau selepas terbabit dalam kem4langan pada 2009.

“Selepas hampir tiga bulan mendapatkan rawatan di hospital, saya mula mencari jawapan mengenai mimpi ini dan bertanyakan kepada bapa angkat, dan rakan beragama Islam serta Ustaz untuk mendalami maksud di sebalik mimpi yang dialami,” katanya ketika ditemui di pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Kota Bharu, kelmarin.

Menurutnya, selepas hampir empat tahun mencari jawapan kepada mimpi yang dialami, dia secara tidak langsung belajar mengenai Islam.

“Alhamdulillah, saya mendapat petunjuk daripada Allah SWT sebelum mengucap dua kalimah syahadah pada 19 Mei 2016 di Sabah.

“Sebaik memeluk Islam, saya mula mendalami dan belajar mengenai Islam di Kompleks Darul Hidayah pada 2017 selama setahun,” katanya.

Dia mengakui keputusan untuk memeluk Islam, mendapat tentangan hebat daripada keluarga.

“Mujur isteri, Masni Azura Mat Taib, 47 tahun yang juga ustazah sentiasa berada di sisi untuk memberi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah, selepas mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, isteri banyak memberi bimbingan dan mengajar saya mengaji al-Quran,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mualaf, Izuan Lee Tian Chuan Abdullah, 42 tahun berkata dia memeluk Islam pada 2013 kerana ingin mencari hala tuju hidup yang sebenar.

“Islam agama yang suci dan selepas memeluk agama Islam hati saya berasa tenang dan percaya hanya Allah SWT yang satu layak disembah.

“Kini saya tidak mempunyai sesiapa. Ibu meningg4l dunia pada 2005 kerana penyakit jantung, manakala ayah pula meningg4l disebabkan kansɛr pada 2011.

“Sejak tujuh tahun lalu, sebaik memeluk Islam, fokus saya adalah utama untuk mencari dan mendalami ilmu mengenai agama ini sebanyak yang mungkin sebagai bekalan di akhirat kelak,” katanya.

Sumber Harian Metro. via majalahilmu

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Beka$ ketua k0ngsi gɛlap akhirnya diberi hidayah ketika berada di penjar4 bermimpi didatangi lelaki berjubah putih yang memanggilnya dengan nama Muhammad Nur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*