Ibu sedih dapat tahu anak darjah 1 kena pul4u, rakan2 hin4 sebab berkvlit gel4p

Siapa yang tak sedih apabila anak yang dihantar ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan pulang dalam keadaan sedih dan tidak bersemangat.

Perkara tersebut sudah tentu membuatkan ibu serta bapa berasa bimbang dan kasihan kerana sepatutnya hari pertama persekolahan perlu dimulakan dengan sesuatu yang menggembirakan walaupun sedikit kalut.

Anak kena pulau sebab berkulit gelap

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai cintaaini96 apabila memuat naik kisah sedih anaknya telah dipulaukan hanya disebabkan kulitnya sedikit gelap.

Anak dah tak semangat ke sekolah

Menurut pengguna TikTok itu, dia berasa sedih dan sayu apabila ada orang yang menghina anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut begitu bersemangat untuk memasuki tahun satu awal minggu ini.

Lebih menyedihkan adalah apabila dia bukan hanya dihina ‘hitam’ tetapi turut dimaki dan menerima carutan daripada rakan sebaya.

Tindakan membuli tersebut sangat tidak wajar kerana mereka semua baru sahaja berusia 7 tahun. Justeru itu, cintaaini mengakui begitu ralat kerana diusia semuda itu, sudah ada yang pandai membudayakan sikap membuli orang lain melalui kata-kata.

Walau bagaimanapun, pengguna TikTok tersebut telah menutup ruangan komen yang pastinya dihujani dengan pelbagai maklum balas daripada warganet.

Sudah tentu hal yang berlaku kepada anaknya adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana mental kanak-kanak seusia itu masih lagi belum begitu kuat untuk menerima cercaan.

Diharap semua ibu bapa lebih peka dengan sebarang percakapan anak-anak kerana bimbang sikap suka menghina orang lain menjadi kebiasaan dan boleh mengakibatkan masalah di kemudian hari.

Semoga adik kembali bersemangat ke sekolah!

Sumber: TikTok cintaaini96 via cara mohon

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Ibu sedih dapat tahu anak darjah 1 kena pul4u, rakan2 hin4 sebab berkvlit gel4p"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*