Bukan Dar4h Daging, Ikatan Persaudaraan Pun Tid4k! Uncle Kentang Bangga Anak Angkat Panggil ‘Ayah’… Janji Lindungi Mereka

TERLIBAT dalam lapangan kebajikan bertahun-tahun lamanya bukan sahaja memberi peluang kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng untuk menyalurkan bantuan semata-mata, sebaliknya turut menjalin ikatan silaturrahim dengan gol0ngan yang dib4ntu.

Melihat anak-anak kecil yang terkapai-kapai dek kesempitan hidup keluarga serta dahagakan kasih daripada bapa kandung yang sudah tiada, cukup menjentik hati lelaki dikenali sebagai Uncle Kentang ini.

Bukan darah daging sendiri serta langsung tiada sebarang ikatan persaudaraan, namun anak-anak daripada keluarga yang disantuninya sudahpun mengiktiraf lelaki tersebut sebagai ‘bapa’ mereka.

Sempena sambutan Hari Bapa, Uncle Kentang turut berkongsi kisah anak-anak angkatnya yang sudah dianggap seperi anak sendiri menerusi perkongsian di Faceb0ok.

“Azizah, tak boleh cakap, pekak dan tiada tangan atau kaki sempurna. Tetapi dia tetap mempunyai senyuman yang boleh membawa kegembiraan kepada kepenatan saya. Setiap kali Azizah jumpa saya, dia akan dakap saya rapat rapat.

“Kita telah ubah hidup Azizah, kita bantu, zakat bantu, JKM bantu kerana kita tahu Azizah adalah anak kita, bukan anak orang lain.

“Setiap kali dia mahu ke hospital, kita diberi peluang untuk ambil dan hantar pulang. Menjadi ayah kepadanya bukan lagi satu pilihan untuk kita semua tetapi ia adalah tanggungjawab kita kepada semua anak-anak di Malaysia.

Salah se0rang anak angkat Uncle Kentang, Manja yang dibantu sejak usianya empat tahun.

“Azizah mengingatkan dan menyedarkan kita tanggungjawab masih perlu digalas,” tulisnya.

Selain Azizah, Uncle Kentang turut berkongsi kisah anak angkatnya yang bernama Manja yang sudah diberi bantuan dan perhatian sejak kanak-kanak itu berusia empat tahun.

Menurut Uncle Kentang, keluarga Manja hidup susah dan hanya bergantung kepada pendapatan si bapa yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi.

Namun kehidupan keluarga ini berubah sama sekali selepas ketua keluarga tempat mereka bergantung meningg4l dvnia dipercayai menjadi mangsa samun.

Kalau di luar sana ada anak tak sekolah, ada anak tak makan, anak yang hilang kasih sayang, anak yang sakit dan tak mampu berubat… ia adalah anak saya.

UNCLE KENTANG

“Selama ini kita melihat Manja membesar. Sehingga satu hari tiba-tiba dia memohon kepada saya untuk memanggil saya ayah. Terkejut dan saya terus menjawab boleh kerana saya tahu Manja menganggap saya ayahnya.

“Kerana bila demam, dia akan rindu pada saya… bila nak jadi kadet polis, dia meminta kebenaran saya. Bila free, dia akan call untuk mendengar suara ayah. Manja, ayah akan menjagamu dan melindungimu seperti anak sendiri,” coretnya lagi.

Uncle Kentang dikenali ramai kerana membantu golongan kurang berkemampuan dari pelbagai aspek termasuklah perkhidmatan penghantaran jenazah.

Tambah aktivis ini lagi, bukan hanya Azizah dan Manja, tetapi anak-anak kecil daripada gol0ngan kurang berkemampuan ini secara automatik menjadi ‘anak angkatnya’.

“Kalau di luar sana ada anak tak sekolah, ada anak tak makan, anak yang hilang kasih sayang, anak yang sakit dan tak mampu berubat… ia adalah anak saya.

“Jadilah bapa kepada semua anak-anak. Hidup ini sekali dan singkat. Tinggalkan yang terbaik untuk anak-anak kita,” katanya lagi.

Sumber : mstar via ilmutazkirah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Bukan Dar4h Daging, Ikatan Persaudaraan Pun Tid4k! Uncle Kentang Bangga Anak Angkat Panggil ‘Ayah’… Janji Lindungi Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*