Selepas 2 minggu masuk ICU, bapa Naqiu men1nggal dvnia akibat k3san Covid-19

BAPA kepada penyanyi Naqiu mengh3mbuskan n4fas terakhir pada pukul 6.05 pagi hari Ahad di Hospital Serdang, Selangor selepas hampir dua minggu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Berita sedih itu dikongsi oleh Naqiu dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

“Papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.05 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al Fatihah buat papa.

“Papa terlalu penat, lama sangat s4kit. Lepas ini papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga suatu hari nanti kita semua akan bertemu,” ujarnya.

naqiu 1

Bapa Naqiu alami komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Bapanya iaitu Mohd Najib sudah lama menghidap penyakit k3ncing manis dan dimasukkan ke hospital pada 16 Mei akibat k0mplikasi selepas terkena jangk1tan Covid-19 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Naqiu memaklumkan dia reda dengan segala ketentuan selepas bapanya ditidvrkan akibat penurunan oksigen dalam badan.

“Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Selepas 2 minggu masuk ICU, bapa Naqiu men1nggal dvnia akibat k3san Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*